Hi Assalamualaikum wbt!
Saya Nadea Norddin, adalah Senior Beauty Consultant di Mary Kay International Malaysia.
Saya dilahirkan pada 13 Disember 1988, Seorang ibu kepada seapasang cahaya mata.
Minat dalam bidang kecantikan dan kerana sukakan kecantikan saya menceburi bidang jualan produk kecantikan secara langsung ini bersama Mary Kay.
Saya yakin memilih Mary Kay kerana syarikat dan produk ini telah bertahan dipasaran dunia selama 55 tahun ini bermakna syarikat dan produk ini adalah produk yang dipercayai dan bermanfaat dalam membantu ramai wanita diseluruh dunia untuk kekal cantik dengan selamat.
Sebelum saya betul-betul mengambil keputusan untuk menjadi serius menjadi sebagai perunding kecantikan tentulah saya bertanggungjawab untuk mencuba dan menggunakan produk ini sendiri.
Alhamdulillah akhirnya saya berjumpa dengan produk yang betul-betul sesuai dengan masalah kulit kering saya. Saya menggunakan set Timewise dan Serum C untuk memulihkan kulit wajah saya yang kering.
Di Malaysia lambakkan produk kecantikan beracun dan menggunakan bahan terlarang masih berleluasa. Namun masih ramai yang tidak sedar kesan sampingan masa akan datang yang bakal mereka hadapi apabila menggunakan produk kecantikkan yang mengandungi bahan terlarang.
Kebanyakkan pengguna sangat teruja dengan kesan pemutihan kulit yang sangat cepat oleh itu mereka tidak serik untuk menggunakannya sehinggalah pada satu tahap kulit mereka semakin menipis, pedih dan rosak. Namun ada kes yang paling teruk kesan dari produk tidak bertanggungjawab ini ada yang mendapat kanser sehingga membawa kematian.
Jadilah wanita cantik yang bijak dan sihat, sayangilah diri anda dan kulit wajah anda, kerana kulit tidak dapat diganti anda hanya boleh menjaga dan cuba merawatnya sebelum terlambat.
Salam Sayang penuh keikhlasan,
Nadea Norddin
Instagram : NadeaIdola

Comments
Post a Comment