Skip to main content

Kenali Jenis Kulit Wajah



Sebelum seseorang ingin menggunakan sebarang produk penjagaan kulit wajah, anda seharusnya perlu mengenalpasti apakah jenis kulit wajah anda yang sebenar dengan itu barulah anda akan tahu produk jenis apakah yang sepatutnya digunakan oleh anda untuk memastikan ia sesuai dengan situasi atau masalah kulit yang sedang anda hadapi. Namun, ramai diantara kita yang tidak mengenalpasti jenis kulit terlebih dahulu dan hanya membeli sesuatu jenis produk yang dikatakan sesuai untuk semua jenis kulit, adakah ianya akan betul-betul dapat membantu menjaga dan menyelesaikan masalah kulit wajah anda jika 1 jenis produk sesuai untuk semua jenis kulit atau anda lebih yakin jika setiap satu jenis masalah kulit menggunakan produk yang dirumus khas untuk jenis kulit tersebut?

Jom kenalpasti jenis kulit wajah anda!



Ada 5 Jenis Kulit yang anda perlu kenalpasti sebelum menggunakan atau membeli set penjagaan kulit wajah yang tepat.

1. Jenis Kulit Berminyak (Oily Skin)
Ciri-ciri : Kulit kelihatan berkilau. Permukaannya adalah berminyak dan liang pori jelas kelihatan agak besar. Ia berpunca daripada rembesan kalenjar sebum yang sangat aktif.
Saranan Jenis Produk Kecantikan  : Formula khas untuk Kulit Berminyak 
(Oily Skin & Combination Formula Skin Care)


2. Jenis Kulit Normal
Ciri-ciri kulit : Kulit berseri  dan tiada cela. Tektur kulit adalah Normal/biasa. Keseimbangan yang sempurna untuk kelembapan dan minyak dikulit.
Saranan Jenis Produk Kecantikan  : Formula khas untuk Kulit Normal
(Normal Skin Care Formula)

3. Kulit Kering
Ciri-Ciri Kulit : Kulit kelihatan kusam dan kemerahan di pipi, permukaan kulit wajah yang agak kasar dan apabila senyum akan kelihatan garis-garis halus kekeringan. Ia berpunya dari kekurangan rembesan sebum dan kelembapan kulit pada wajah.
Saranan Jenis Produk Kecantikan  : Formula khas untuk Kulit Kering
(Dry Formula Skin Care)

4. Kulit Kombinasi
Ciri-ciri kulit : Kulit Kering disekitar pipi namun berminyak dibahagian T Zone iaitu dahi dan hidung. Liang pori kelihatan besar dan aktif mengeluarkan sebum minyak didahi dan hidung.
Saranan Jenis Produk Kecantikan : Formula khas kulit Kombinasi
(Dry to Combination Formula Skin Care)

5. Kulit Sensitif
Ciri-ciri kulit : Kulit wajah mudah menjadi merah, halus dan amat sensitif pada produk yang tidak bersesuai dengan kulit harus menggunakan produk penjagaan kulit wajah berunsurkan bahan-bahan semulajadi yang bermutu tinggi.



Comments

Popular posts from this blog

Produk Penjagaan Kulit Wajah Mengikut Jenis Kulit- Kulit Kering

Mary Kay Botanical Effect Formula 1 - Khas untuk Kulit Kering (Dry Skin) Ciri Khas Kandungan Produk :- BAGAIMANA IA BERFUNGSI  • Meninggalkan kulit kering — walaupun ia sensitif — berasa seimbang.  • Seperti rejimen yang lain, setiap produk dalam rejimen Formula 1 mengandungi suatu kompleks botani istimewa— memaparkan silymarin dan Luo Han Guo — untuk membantu mempertahankan kulit daripada kerosakan persekitaran dan membantu menggalakkan kulit sihat.  • Kemudian rejimen dikhususkan dengan botani tambahan terpilih spesifik untuk memberikan keseimbangan cantik yang diidami kulit jenis kering.    Kulit Saya kelihatan sihat! Inilah yang diperkatakan oleh sembilan daripada sepuluh wanita setelah menggunakan Penjagaan Kulit Botanical Effects™ dalam sebuah kajian bebas pelanggan*. Berikut adalah sekurang-kurangnya 90% daripada mereka katakan setelah menggunakan rejimen untuk kulit kering* • Ia memberikan pelembapan dengan serta-merta • Ia mening...

Pakar Rundingan Kecantikan Peribadi Anda!

Hi Assalamualaikum wbt! Saya Nadea Norddin, adalah Senior Beauty Consultant di Mary Kay International Malaysia. Saya dilahirkan pada 13 Disember 1988, Seorang ibu kepada seapasang cahaya mata. Minat dalam bidang kecantikan dan kerana sukakan kecantikan saya menceburi bidang jualan produk kecantikan secara langsung ini bersama Mary Kay. Saya yakin memilih Mary Kay kerana syarikat dan produk ini telah bertahan dipasaran dunia selama 55 tahun ini bermakna syarikat dan produk ini adalah produk yang dipercayai dan bermanfaat dalam membantu ramai wanita diseluruh dunia untuk kekal cantik dengan selamat. Sebelum saya betul-betul mengambil keputusan untuk menjadi serius menjadi sebagai perunding kecantikan tentulah saya bertanggungjawab untuk mencuba dan menggunakan produk ini sendiri. Alhamdulillah akhirnya saya berjumpa dengan produk yang betul-betul sesuai dengan masalah kulit kering saya. Saya menggunakan set Timewise dan Serum C untuk memulihkan kulit wajah saya yang kerin...